BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 25 October 2013

Tuhan sedang menguji kita


Asslamualaikum..

Petang-petang macam ni aiza nak share dengan korang pasal satu buku ni..first time dalam hidup aiza,aiza boleh habiskan baca buku motivasi..selalunya bila baca buku motivasi sampai je setengah muka surat aiza bosan..tapi buku kali ni lain...aiza baca je intro dya terus n terus baca sampai habis tau..


Ni la buku dya..

Buku yang ditulis oleh Ustaz Kazim Elias yang mempunyai 341 muka surat...Macam-macam kisah yang cuba ditunjukkan..dalam kisah sedih ada pengajarannya..dalam cerita lucunya ada pengajarannya...Buku ni boleh memberi motivasi dan menddik kita supaya menajdi sabar dan tabah menghadapi ujian-ujian yang menimpa kita..Dari kisah kekeluargaan sehingga lah ke kisah masyarakat..semuanya dipersembahkan di dalam buku ni dan buku ini boleh  menjadi rujukan dan pengajaran kepada kita....

Tak rugi tau kalau kita spend kan masa kita dengan baca buku ni...Disebbkan terlalu khusyuk baca buku ni,Aiza sampai termimpikan Ustaz Kazim Elias tau...hihi..

Sunday, 13 October 2013

Jom Puasa Arafah


Assalamualaikum..

Disebbkan esok dah masuk tanggal 9 Dzulhijjah apa kata kita sama-sama menunaikan Puasa Arafah.Puasa Arafah ni dapat menghapuskan dosa selama dua tahun yakni satu tahun sebelumnya dan satu tahun ke depan.Selain itu keutamaan puasa Arafah ni dapat membebaskan kita dari api neraka dan insyaAllah doa kita mustajab waktu kita berpuasa Arafah ni..
Mari kita sama-sama rebut untuk menuanaikan Puasa Arafah ni.

Ni Aiza ada share sikit niat puasa Arafah.


نويت صوم عرفة سنة لله تعالى

NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
“ Saya niat puasa Arafah , sunnah karena Allah ta’ala.” 



cuti-cuti Malaysia


Assalamualaikum..

Di petang-petang yang dah separuh petang dan separuh malam ni Aiza nak share lokasi yang menarik untuk bercuti.Tak kisahlah bercuti dengan kawan-kawan ke,family ke,suami isteri ke..disebabkan Aiza dah menetap 3 tahun kat Melaka dan banyak tempat menarik Aiza dah pergi melawat sana sini Aiza nak share dengan korang semua la...

Walaupun Aiza dah balik Pulau Pinang kenangan dekat Melaka tetap diingatan..Serius negeri Melaka sesuai untuk dijadiakn tempat bercuti..memang berbaloi..

Dekat sini Aiza nak listkan lokasi-lokasi yang best dekat sana....

Tapi tak semua tempat la dapat Aiza share sebab waktu kat sana Aiza tak pergi muzium-muzium semua tu.hehe

1.A Famosa Resort

Dekat Afamosa Resort ni ada macam-macam aktiviti..tempatnya pun luas dan banyak pemadangan cantik.
 Antara aktiviti-aktiviti yang mereka sedia kan:

  • Afamosa Water World
  • Animal World Safari
  • Cowboy Town
  • Golf
Kawasan AFamosa ni teralau besar tak cukup masa kalau nak berjalan dalam masa satu hari.So, kena spend banyak hari kat sini.Paling kurang pun dua hari satu malam.Jangan risau pasal tempat tinggal.kat sini banyak hotel yang mereka sediakan.harganya dari paling murah hingga lah paling mahal..

                                                          

 Ni semua gambar-gambar waktu Aiza pergi dengan kawan-kawan semua waktu semster 6..konon-konon nak melancong sebelum habis belajr..kami spend time kat sana 2 ary satu malam...gambar-gambar suma tu kami ambil waktu kat cowboy town..cowboy town ni buka waktu malam weekend je..diaorg bt show...memang best show diorg....
waktu siang kami habiskan masa kami kat water world cuma animal world safari kami tak sempat nak pergi..actually badget lari..hehe

2.Melaka wonderland theme park & resort

Tempat ni  sama macam taman tema air yang lain..tapi permainan ni best-best..jarak satu permainan ke permainan yang lain tak jauh..so,kita tak penat..memang satu ary Aiza habiskan masa kat sini dengan kawan-kawan..memang kitaorang enjoy gila kat sini.
Harganya pon tak mahal sangat...
 hari isni sampai jumaat dewasa harganya RM 26.00 kalau kanak-kanak RM 20.
tapi sabtu dan ahad pulak RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.



3.Api-api steamboat

Aiza nak cerita pasal satu restoran ni.restoran ni sediakan steamboat..banyak pilihan kat sini..harganya tak ikut makanan diorg ikut kepala..contohnya setiap orang yang bayar dia boleh ambik semua makanan yang diorg sediakan tnpa had dan tanpa had masa.


4.River Cruse Melaka

River Cruse Melaka ni sebuah kapal yang akan melayari sungai melaka yang dipenuhi dengan pemandangan yang cukup mempesonakan..Amat mengasyikkan...Dah lebih 5 kali rasanya Aiza naik cruse ni..kalau nak tenangkan fikiran boleh la naik ni..dia buka dari pagi samap malam..tapi Aiza rasa naik malam lagi best sebab dapat tengok permandangan yang cantik-cantik dilengkapi dengan lampu yang cantik-cantik rasa macam negara orang putih pula..harganya pon tak mahal..satu orang RM10.Memang puas hati.













5.Menara Taming Sari

Menara Taming Sari ni lokasi dia tak jauh dari River Cruse..boleh jalan kaki je dari River Cruse..so boleh letak kereta kat parking,then boleh pergi dua tempat yang berbeza..Menara Taming Sari ni kita boleh tengok pemandangan Melaka dari ketinggian berap erk,Aiza pon tak ingat..Aiza dah naik 3 kali dah Menara ni..harganya pun RM10 seorang.


6.Retma Recreation Sport Centre

Kat sini pula da aktiviti yang santai dan adventure..contohnya berkayak,paintball,wall climbing dan banyak lagi..Politeknik Aiza dulu pernah buat family day kat sini best sangat-sangat..kalau nak bersenam ke nak jogging ke semua kelengkapan diorang sediakan untuk pengunjung tau.




7.Dataran Pahlawan..

Dataran Pahlawan nieyh dia sama ja macam shopping kompleks lain..depan Dataran Pahlawan ni ada Mahkota Parade..sama juga dua-dua bangunan ni shopping kompleks macam shopping kompleks kat luar sana.Dataran Pahlawan nieyh unik sebab bawah datarn tu da kedai-kedai...


Bawah padang yang kitorang ni la da shopping kompleks..nampak mca dataran biasa je tapi dibawahnya ada shopping kompleks..dasyatkan dia punya binaan nie.

8.Jonker Walk

 Jonker Walk ni macam uptown yang orang buka malam-malam tu..tapi Jonker Walk ni lain sikit..peniaga-peniaga dia semua org cina..diorg jual kraftangan,baju-baju,alat perhiasan dan macam-macam lagi..dia buka setiap mlm jumaat,sabtu dan ahad je..tapi Aiza dengar ada orang cakap Jonker Walk dah tak dibuka lagi.waktu jalan kat Jonker Walk kita boleh jumpa macam-macam orang..orang putih ada,cina,melayu.



9.Asam Pedas Claypot

Last sekali Aiza nak share dengan korang pasal satu kedai makan asam pedas yang sedap giler..rugi kalo datang Melaka ni tak makan asam pedas ..



Panjang sungguh entri kali ni..harap korang semua enjoy baca entri kali ni.Penat tangan ni menaip..;-)


checklist??





Asslamualaikum..
Apa khabar suma?harap-harap sihat la ye..hari ni aku nak share dengan korang suma psal checklist hidup kita..*oppss ary ni tak nak berAKU2..ary ni nak sopan sikit..hehe

Checklist ni maksudnya Aiza nak tunjuk kat korang semua senarai impian.cita-cita yang kita inginkan dari kita kecil lagi.So,bila kita buat check list impian kita pastu tampal besar-besar kat dinding bilik tidur kita,mesti bangun je pagi kita bersemangat nak berusaha capai impian kita.tapi biarlah impian dan cita-cita kita yang kita nak miliki tu sesuatu yang positive keyh.

Bila kita da senaraikan satu persatu mesti kita tak kan rasa berputus asa dan pastikan apa yang kita nak tu capai satu demi satu..tapi janganlah tamak nak semua benda terjadi dalam satu masa..kita uruslah satu-satu..contohnya tahun ni nak beli kereta tahun depan beli motorbike ke...kalo nak dua2 beli dalam satu masa yang sama pokai la poket kita melainkan kita ni memang kaya rayakan..

Ni aiza nak tunjuk sample checklist yang comel-comel yang kita bole tiru nak buat cehcklist kita sendiri nanti.


cukup la tu 3 sample kalo korang nak yang lagi comel-comel korang cari la kat google ye bayak yang comel-comel aiza tengok.Lepas tu korang senarai la apa yang korang nak dalam hidup ni..
Ni senarai yang aiza nak..Alhamdulliah ada yang da tercapai dan belum tercapai tu insyaAllah aiza akan usahakan
  • habiskan diploma selama 3 tahun
  • nak dapat anugerah ketua jabatan setiap semester
  • nak dapatkan anugerah pingat ketua jabatan
  • ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah
  • nak juga merasa dapat dekan setiap semester
  • bekerja di bidang dan environment yang aiza minat
  • nak beli sebuah kereta  *kereta idaman suzuki swift..hehe
  • nak buka sebuah perniagaan tak kira la dalam bidang kejuruteraan ke,butik ke or restoran maybe..hehe*angan-angan besar betul..
  • nak bawa mak ayah pergi Makkah..insyaAllah satu hari nanti..
  • pas2 aiza ada impian nak beli sebuah rumah...
  • Aiza ada impian nak jadi penulis....mna tau satu hari nanti dapat jadi penulis best seller..
ha..tu la impian aiza..tapi kena la usaha keras nak dapatkannya..setiap individu kat muka bumi ni ada impian masing-masing yang penting usaha seiring dengan doa..
usaha,doa dan tawakal..insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya jika apa yang kita ingin lakukan itu biarlah perkara yang baik...
dan kita juga kena ingat berjaya setinggi mana pun jangan lupa diri..jangan lupa asal usul kita..jangan lupa mak ayah kita..kalo diorg tak de tak da kita kat dunia...biarla apa yang kita lakukan mendapat keberkatan...bila kita menjadi anak yang soleh dan solehah insyaAllah hidup kita akan diberkati olehNya.


Saturday, 12 October 2013

kehidupan baru


Assalamualaikum..

Di pagi-pagi buta dan mata yang masih segar ni tiba-tiba aku rasa nak edit blog aku yang dah lama bersarang.Semua post-post aku yang dulu aku da officially buang jauh-jauh di dalam tong sampah.ini semua sebab aku nak mulakan semuanya yang baru..konon-konon nak mulakan new lifie.macam orang putih kata tu the new life begin..hehehe..
Hope blog aku yang berwajah baru setelah dimekap sikit-sikit  ni dapat menjadi satu perkongsian ilmu buat suma..

The New of Nurhaiza Rahim..;-)


Tuesday, 1 October 2013

just terdetik

assalamualaikum...

setelah sekian lama aku tak menaip ary ni aku terdetik untuk meluahkan rasa aku aty.... 

Firstly,aku nak story about my diploma..:D
 Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab aku da berjaya tamatkan pengajian aku seperti yang dirancang. 3 tahun aku berhempas pulas,bersusah payah membawa harapan mak ayah nun jauh di sana di Melaka dan akhirnya aku berjaya pulang membawa kejayaan..selama 3 tahun berdikari di tempat orang macam-macam yang dah aku lalui.sebenarnya kehidupan seorang student tu seronok.memang la kadang-kadang kena berpuasa tak cukup duit nak makn,x bole jumpa mak ayh sllu sbb dt tket nak blik x de..bagi aku suma benda tu mengajar aku erti kehidupan..aku belajar macam mana susahnya untuk manage hidup sendri..di melaka juga la aku belajar mngenal bermacam-macam jenis orang..sebab di sana tak de family kita so, memang bergantung dekat orang sekeliling..pelbagai kenangan pahit manis aku dekat sana..kalau nak susun satu persatu bole menangis mata ni sebab terlalu bnyak kenangan manis di sana...bayangkan aku dari kecik seorang yang tak pernah sakit sampai masuk hospital tapi semasa semester 2  aku kna appendix dan operation di sana..suma kawan2 yg uruskan sebb mak ayah aku smp lewat sbb penang dengan melaka kan jauh..waktu semester 3 plak aku accident smp kena naik ambulans suma bagai..suma tu kawan2 aku yg uruskan..aku betol2 hargai pertolongan korang..korang la sahabt korang juga la family aku di sana..maybe sbb jurusan kita da 10 orang je girls sbb tu kita suma hidup sperti 1 family..gaduh skit2 tu biasa la bak kata pepatah gaduh2 manja..hehe...

Sekarang aku da menetap di sini...di tempat aku lahir...namun kenangan kat Politeknik Kota Melaka aku tak kan penah lupa dan x penah padam dalam memori aku walau sesaat....Jujur aku kata negeri Melaka tu bole dikatakan tempat untuk memberi ketenangan dengan keindahan pemandangannya....Sekarang aku tidak lagi bergelar student aku bergelar penanggur...mungkin ada orang disekeliling aku cakap aku bodoh ckp aku x bole fkir ad rezeki depan mata tp pergi tolak..iye aku mengaku maybe aku salah buat keputusan..tapi jgn hukum aku kalo korang x da kat dlm diri aku..aku da cuba untuk terima keadaan itu tapi aku x mmpu untuk teruskan..position technician yang aku pegang tu memang ssh utk orang lain dapat..tambahan pulak waktu interview tu da 7 org dan company tu nak 1 org je..dan aku terpilih..tapi aku x bole nak teruskan..aku da cuba hampir 2 bulan lebih..aku x mmpu...aku x bole nak carry on dengan cara engineer di situ...dengan itu aku mengambil keputusan utk berhenti.aku tau da yg kecewa dgn keputusan melulu aku tu..tp aku x mmpu ary2 balik umah ssh aty psl keja.....sebenarnya niat aty aku nak teruskan degree..tapi sejak dua menjak ni da byk perkara yg terjadi yg menjdi halangan....

aku cuma tersedar mungkin suma kekecewaan yg aku alami ni atas dosa-dosa aku yang lalu..aku rasa aku hina n terlalu kerdil di sisi Allah S.W.T.aku rasa aku sorg yang x bersyukur..ap yg aku nak aku dapat tapi aku x bersykur..aku nak result peperiksaan setiap kali final exam ok alhamdulillah aku dapat..aku nak dpt dekan alhamdullah aku dapat..segalanya senang..tapi mungkin aku leka dengan kehidupan dunia hingga aku jadi lalai..mungkin kesakitan yg aku alami sekrng ni ats blsan dosa2 aku yg lalu..dan aku bersyukur kerna Tuhan masih lembutkan aty aku utk fkir tentng hikmah diseblik kejadian yg jadi..